ekonomi-asas
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Latest topics
» SUMBER EKONOMI
PENGERTIAN EKONOMI EmptySun Apr 25, 2010 11:41 pm by Admin

» PENGERTIAN EKONOMI
PENGERTIAN EKONOMI EmptySat Apr 24, 2010 11:45 am by Admin

» SINOPSIS PENGENALAN KEPADA EKONOMI
PENGERTIAN EKONOMI EmptyFri Apr 23, 2010 11:24 pm by Admin

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Affiliates
free forum


PENGERTIAN EKONOMI

Go down

PENGERTIAN EKONOMI Empty PENGERTIAN EKONOMI

Post  Admin Sat Apr 24, 2010 11:45 am

TAKRIF EKONOMI
Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad.

Sumber Ekonomi [Faktor Pengeluaran]
Sumber ekonomi merupakan faktor-faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri daripada buruh, tanah, modal dan usahawan. Sumber ekonomi adalah terhad penawarannya.

Kehendak
Kehendak merupakan keinginan individu untuk memiliki sesuatu barang atau perkhidmatan. Kehendak manusia adalah tidak terhad (banyak dan tidak terkira).

..............................................................................................................................................................................

Sumber yang sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi semua kehendak manusia.Sumber-sumber yang ada seperti buruh, tanah,modal dan usahawan tidak mampu untuk memenuhi semua kehendak manusia yang pelbagai dan tidak terkira bilangan dan jumlahnya. Ketidakseimbangan antara sumber ekonomi (yang terhad) dengan kehendak manusia (yang tidak terhad) ini mewujudkan masalah kekurangan (iaitu kekurangan sumber untuk memenuhi semua kehendak manusia).Oleh yang demikian, ekonomi juga boleh ditakrifkan sebagai ilmu yang mengkaji bagaimana manusia menghadapi masalah kekurangan
..............................................................................................................................................................................

Sebagai seorang pelajar yang hanya mempunyai sumber daripada wang saku yang diberikan oleh ibu bapa, apakah kehendak-kehendak anda? Cubalah anda senaraikan kehendak-kehendak anda tersebut dan bandingkan dengan sumber wang yang anda ada. Adakah dengan wang saku yang diberikan ibu bapa anda dapat memenuhi semua kehendak-kehendak yang anda senaraikan tersebut?

Katakanlah, ibu bapa anda memberi wang saku kepada anda sebanyak RM5 sehari. Anda perlu mengagihkannya untuk menampung perbelanjaan makanan pada waktu rehat disekolah. Anda ingin makan apa ketika itu dan ingin minum air apa? Anda mungkin menginginkan nasi ayam yang berharga RM2.50 dan air sirap yang berharga 50 sen. Tetapi anda teringat bahawa anda juga perlu menyimpan sekurang-kurangnya RM3 sehari untuk memenuhi kehendak anda yang lain. Anda juga perlu mengagihkan wang saku tersebut untuk memenuhi keinginan anda untuk membeli kad tambah nilai bagi telefon bimbit, untuk keluar bersiar-siar bersama rakan pada hujung minggu ini, dan menyertai lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa pada bulan hadapan.

Anda terpaksa mengagihkan sumber kewangan anda yang terhad tadi untuk memenuhi kehendak-kehendak anda tersebut. Anda mungkin terpaksa membatalkan hasrat anda untuk makan nasi ayam tadi dan memilih mee goreng sahaja yang harganya lebih murah,kerana ingin memenuhi kehendak-kehendak anda yang lain.

Admin
Admin

Posts : 6
Join date : 23/04/2010

https://ekonomi-asas.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum